Halaman

Blog ini di bina adalah untuk berkongsi pendapat tentang hobi dan info berkaitan baka ayam dan cari sikit pendapatan. Sebarang bentuk pertaruhan / perjudian adalah tidak digalakkan dan menjadi tanggungjawab masing-masing.
Koleksi baka di reban saya adalah dari burma, pakoy, saigon dan baka tempatan yg terbaik.

Khamis, 21 Februari 2013

Maksud Sisik Pada Kaki Ayam


Benarkah tuah ayam nampak di kaki. Selalunya perkara pertama yang dilihat pada ayam sabung untuk mennilai potensi ayam sabung ialah ciri2 pada kakinya. Betul atau salah, mari kita lihat:-



1. Sisik tapak: ayam yang punya sisik pada tapak kaki. Mempunyai pukulan yang kuat dan pukulan2 KO

2. Taji Hitam: Ayam yang bertaji hitam mempu mengunakan tajinya dengan sangat tepat. Ayam lawan selalunya akan buta.

3. Taji Searah dengan kaki belakang: Pukulan ayam dengan taji yang sangat tepat dan menusuk.

4. Sisik Babat/gelang: Ayam mempunyai pukulan yang kuat terutamanya jika sisik babat tersebut separas taji dan turun ke bawah.

5. Sisik yang terbelah pada kaki belakang: Ayam yang mempunyai tuah untuk menang.

6. Sisik kaki belakang yang kemas tersusun hingga ke taji: ayam yang mempunyai pukulan keras dengan kadar ketepatan tinggi.

7. Sisik antara sisik: sisik ini adalah sisik yang kecil antara 2 sisik yang dilihat normal, sepertinya tersepit antara sisik tersebut. Ayam yang ada sisik ini mempunyai pukulan2 KO (senjata rahsia) yang disimpan untuk digunakan pada masa2 yang tepat.

8. Aluran Sisik masuk kedalam: Susunan sisik yang mengarah ke celah kangkang ayam. Mempunyai pukulan yang sangat bisa.

9. Benjolan pada belakang kaki: Belakang kaki ada benjolan panjang dari taji hingga ke lutut. Bukulan yang sangat bisa dan rajin membuat pukulan ( pukulan 2-1, atau 3-1).

Tiada ulasan: